Skip to content

Anak Masih Tersekat-Sekat Bila Mengaji… Nak Dia Pandai, Tapi Takut Dia Stres Bila Belajar?

Di Pusat Pengajian Az Zahra, SS15 Subang Jaya, kami membimbing anak secara talaqqi (semak & betulkan bacaan) dari Iqra’ hingga Al-Quran — lengkap dengan asas Fardhu Ain, adab harian serta amali wuduk & solat.

Suasana pembelajaran teratur, tenang dan sesuai untuk anak yang baru bermula, pemalu atau perlukan bimbingan berperingkat.

0 +
Pelajar
0
Tenaga Pengajar
0
Kelas Online & Offline

“Alhamdulillah… masa anak saya mula-mula masuk belajar, 1 huruf pun tak kenal… sekarang dah boleh baca Al-Quran… ustazah baik, memahami, friendly…”

Kenapa Ramai Anak “Susah Lancar”

Kadang-kadang bukan sebab anak “tak pandai”.

Biasanya sebab tiada bimbingan yang sesuai ikut tahap, atau anak pernah rasa tertekan.

Antara situasi biasa ibu bapa:

  • Anak masih keliru huruf / sebutan.

  • Anak hilang keyakinan bila tasmik.

  • Ibu bapa sibuk dan sukar konsisten ajar di rumah.

  • Anak belum kemas wuduk & solat (bacaan/pergerakan).

Sebab itu kami guna pendekatan talaqqi & latihan amali, supaya anak belajar dengan betul dan yakin.

Apa Yang Anak Akan Belajar

Kandungan Pembelajaran di Pusat Pengajian Az Zahra:

Talaqqi Iqra’ & Al-Quran

Bimbingan bacaan Iqra’ dan Al-Quran secara talaqqi, di mana setiap bacaan anak akan disemak dan diperbetulkan satu persatu mengikut tahap kebolehan.

Bimbingan solat lengkap

Anak-anak dibimbing menunaikan solat dengan betul merangkumi bacaan, pergerakan serta tertib solat melalui latihan amali dan solat berjemaah.

Tajwid asas

Pengenalan hukum tajwid asas seperti makhraj huruf dan hukum bacaan bagi membantu anak membaca Al-Quran dengan lebih tepat dan beradab.

Asas Fardhu Ain

Pembelajaran asas Fardhu Ain yang merangkumi ilmu Tauhid, Fiqh dan Akhlak bagi membentuk kefahaman agama serta jati diri Muslim sejak kecil.

Latihan Amali Ibadah

Latihan praktikal ibadah seperti wuduk, tayammum dan solat bagi memastikan anak bukan sahaja tahu, tetapi mampu mengamalkan dengan betul.

Adab & Doa Harian

Penerapan adab Islam dan hafalan doa-doa harian bagi membentuk peribadi anak yang berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.

Aktiviti Pembelajaran

Suasana Pembelajaran di Pusat Pengajian Az Zahra:

Testimoni

“Anak saya menangis dan ponteng setiap kali tasmik… selepas masuk Az Zahra, anak-anak menunggu lebih awal… kaedah menarik… sekarang mereka membaca Al-Quran dengan yakin dan lancar…”
“Alhamdulillah… masa anak saya mula-mula masuk belajar, 1 huruf pun tak kenal… sekarang dah boleh baca Al-Quran… ustazah baik, memahami, friendly…”
“Alhamdulillah, anak saya dibimbing belajar tajwid dan bacaan yang betul dengan kaedah pengajaran yang efektif. Masa kelas fleksibel, tenaga pengajar bertauliah, dan pengurusan sangat teratur.”

About Us

Bina Asas Al-Quran & Fardhu Ain

Pusat Pengajian Az Zahra telah ditubuhkan pada 12 Mei 2022 oleh Puan Zainorazua Zainun. Penubuhan ini bermula secara kecil kecilan apabila kelas pengajian Al Quran dijalankan di kediaman beliau.

Namun, berkat sokongan dan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sekeliling, bilangan pelajar semakin bertambah dari semasa ke semasa. Justeru itu, sebuah pusat pengajian yang yang lebih tersusun telah diwujudkan di bawah nama rasmi Pusat Pengajian Az Zahra yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Pusat ini merupakan sebuah institusi pendidikan Islam milik persendirian yang menumpukan kepada pembelajaran Al Quran dan Fardhu Ain secara bersistematik.

Pusat ini terbuka kepada pelajar pelbagai peringkat usia, termasuk kanak- kanak dan golongam dewasa, khususya wanita muslimat yang ingin mendalami Al Quran dan ilmu agama dalam suasana pembelajaran yang kondusif.

Puan Zainorazua

Pengasas/ Pengetua

Berpengalaman & Prihatin

Tenaga Pengajar Pusat Pengajian Az Zahra

Ustazah Nuraisyah Irdhina
Mengajar Talaqqi Iqra’ & Al-Quran
  • Semak bacaan & makhraj secara satu persatu

  • Sesuai untuk anak yang baru bermula atau pemalu

  • Fokus keyakinan dan konsistensi bacaan

Ustazah Siti Fatimah
Mengajar Solat & Amali Ibadah
  • Bimbing bacaan & pergerakan solat dengan betul

  • Latihan amali wuduk & solat berjemaah

  • Membantu anak faham tertib ibadah harian

Ustazah Hanisah
Pengajar Asas Fardhu Ain & Adab Harian
  • Asas Tauhid, Fiqh & Akhlak secara mudah difahami

  • Doa harian & hafalan surah dalam solat

  • Pembentukan adab & disiplin anak

Ustazah Raihanah
Bimbingan Akhlak, Doa & Amali Ibadah Harian
  • Membimbing amalan harian: doa, adab dan disiplin anak

  • Latihan amali wuduk & solat secara mudah dan berperingkat

  • Membantu anak memahami asas ibadah dan rutin harian sebagai Muslim

Soalan Lazim

Ya, sangat sesuai.
Kami akan menilai tahap bacaan anak terlebih dahulu dan membimbing secara berperingkat, bermula dari asas sehingga anak benar-benar yakin membaca Iqra’ dan Al-Quran mengikut kemampuannya.

Pendekatan kami menekankan suasana tenang, teratur dan mesra kanak-kanak.
Tenaga pengajar membimbing dengan sabar dan berhemah agar anak berasa selesa, tidak tertekan, serta dapat membina keyakinan diri secara beransur-ansur.

Selain bacaan Iqra’ dan Al-Quran, anak-anak turut dibimbing dalam:

  • Asas Fardhu Ain (Tauhid, Fiqh & Akhlak)

  • Bimbingan solat (bacaan dan pergerakan)

  • Amali wuduk dan solat berjemaah

  • Adab serta doa-doa harian
    Pembelajaran ini bertujuan membentuk kefahaman dan amalan ibadah yang betul dalam kehidupan seharian.

Ya. Kami menyediakan pilihan jadual pagi, petang dan malam, tertakluk kepada program dan ketersediaan slot.
Ibu bapa boleh berbincang dengan pihak kami untuk memilih waktu yang paling sesuai dengan rutin harian keluarga.

Proses pendaftaran adalah mudah.
Ibu bapa hanya perlu menghubungi kami melalui WhatsApp untuk:

  1. Memaklumkan umur dan tahap anak

  2. Menyemak jadual yang sesuai

  3. Mendapatkan maklumat yuran dan pendaftaran

Kami akan membantu mencadangkan kelas yang paling sesuai berdasarkan keperluan anak.

Nak kami semak tahap mengaji anak anda dan cadangkan kelas paling sesuai?

Klik WhatsApp sekarang. Kami sedia bantu susunkan kelas & slot yang tepat.